KEMAHIRAN BERTUTUR OLEH LOK JIA YIN PPSIMP BAHASA MELAYU 2
Kemahiran Bertutur 1.0 Pengenalan Kemahiran bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi bahasa yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan. Kemahiran ini juga merupkan keupayaan seseorang menyampaikan maklumat dengan betul dan berkesan. Bukan itu sahaja, kemahiran bertutur mempunyai hubungan dengan operasi mental kerana ia merupakan pengintepretasian ujaran . Rajah 1 Kemahiran Bertutur Berdasarkan Rajah 1 di atas, kemahiran bertutur terbahagi kepada empat bahagian iaitu konsep, aspek pertuturan, faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur dan aktiviti bertutur. Dalam aspek pertuturan terbahagi kepada dua bahagian iaitu aspek verbal dan bukan verbal. Selain itu, faktor mempengaruhi pula termasuk faktor fizikal, jantina, kecerdasan, kesihatan, alam sekeliling dan dwibahasa. Seterusnya, aktiviti bertutur termasuk aktiviti berbual, berbincang, bercerita, berbicara, berpidato, berceramah dan berpuisi....