KEMAHIRAN BERTUTUR OLEH LOK JIA YIN PPSIMP BAHASA MELAYU 2

 Kemahiran Bertutur

1.0 Pengenalan

Kemahiran bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi bahasa yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan. Kemahiran ini juga merupkan keupayaan seseorang menyampaikan maklumat dengan betul dan berkesan. Bukan itu sahaja, kemahiran bertutur mempunyai hubungan dengan operasi mental kerana ia merupakan pengintepretasian ujaran.

Rajah 1 Kemahiran Bertutur

            Berdasarkan Rajah 1 di atas, kemahiran bertutur terbahagi kepada empat bahagian iaitu konsep, aspek pertuturan, faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur dan aktiviti bertutur. Dalam aspek pertuturan terbahagi kepada dua bahagian iaitu aspek verbal dan bukan verbal. Selain itu, faktor mempengaruhi pula termasuk faktor fizikal, jantina, kecerdasan, kesihatan, alam sekeliling dan dwibahasa. Seterusnya, aktiviti bertutur termasuk aktiviti berbual, berbincang, bercerita, berbicara, berpidato, berceramah dan berpuisi.


2.0 Konsep Kemahiran Bertutur

            Berdasarkan Rajah 2 di bawah, terdapat beberapa konsep tentang kemahiran bertutur.


Rajah 2 Konsep Kemahiran Bertutur

                Konsep kemahiran bertutur ialah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi dan berlaku apabila seseorang itu dapat memahami dengan baik apa yang didengarinya. Seseorang Individu dapat meningkatkan kemahiran bertutur berdasarkan pengalaman dan kecerdasan otak. Konsep kemahiran bertutur juga merupakan keupayaan manusia mengujarkan kata-kata. Selain itu, bertutur melibatkan individu berkata-kata atau bercakap. Bertutur juga bermaksud penutur menzahirkan pendapat serta perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna.


2.1 Aspek-aspek pertuturan

            Aspek pertuturan merujuk kepada perkara yang terlibat masa penutur melafazkan suaranya. Kemahiran bertutur dapat dipertingkatkan jika mengeksploitasi aspek-aspek pertuturan dengan sebaik mungkin.

             

Rajah 3 Aspek Pertuturan

            Rajah 3 di atas telah menunjukkan aspek pertuturan dibahagikan kepada dua iaitu aspek verbal dan bukan verbal. Aspek verbal termasuk sebutan, intonasi, tekanan, jeda, kelancaran, kefasihan dan tatabahasa.

      Sebutan digunakan adalah untuk mengenal dan membunyikan huruf, suku kata perkataan dan ayat bahasa. Tujuannya ialah melatih menyebut suku kata dengan jelas dan tepat. Selain itu, intonasi merupakan keadaan bunyi suara yang menaik, mendatar dan menurun semasa melafazkan sesuatu ayat. Perbezaan intonasi dapat menentukan sama ada ayat itu dalam bentuk pernyataan, permintaan, pertanyaan atau seruan.

Tekanan pula ialah bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan. Tekanan digunakan bagi menyampaikan perasaan penutur dengan menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. Seterusnya, jeda ialah hentian sebentar dalam ujaran untuk memisahkan elemen-elemen verbal seperti ayat, perkataan dan rangkai kata. Jeda yang tidak menentu dalam ujaran boleh menyebabkan pendengar keliru terhadap maksud yang disampaikan.

Kelancaran pula merupakan keupayaan bertutur dengan baik dan tidak berlaku masalah atau gangguan semasa bertutur. Selain itu, kefasihan merupakan keupayaan bertutur dengan teratur dan lancar serta menyebut perkataan dengan jelas dan tepat. Individu yang bertutura dengan fasih dapat melafazkan ujaran dengan jelas dan lancar. Tatabahasa pula merujuk kepada sistem pertuturan yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.

Bahasa tubuh merupakan bahasa komunikasi menghantar dan menerima maklumat tanpa lisan dan kata-kata. Contoh bahasa tubuh ialah pandangan mata, mimik muka dan gerakan tangan. Bahasa tubuh boleh mengukukuhkan hujah yang disampaikan.

2.2 Faktor yang Mempengaruhi kemahiran bertutur

            Seseorang tidak dapat bertutur dengan baik dan lancar adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor tersebut telah mempengaruhi kemahiran bertutur seseorang.

Rajah 4 Faktor Mempengaruhi Kemahiran Bertutur

 

Berdasarkan Rajah 4 di atas, terdapat enam faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur iaitu faktor fizikal, faktor jantina, faktor kecerdasan, faktor alam sekeliling, faktor dwibahasa dan faktor kesihatan.

Faktor fizikal merupakan kerosakan organ vokal yang menyebabkan masalah sengau dan sebagainya. Faktor jantina ialah menurut kajian perempuan lebih dahulu bercakao berbanding lelaki kerana urat saraf pertuturan mereka berkembang lebih cepat. Selain itu, faktor kecerdasan ialah individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi mampu menyampaikan buah fikiran dengan jelas. Faktor kesihatan pula ialah jika seseorang itu sakit berlanjutan sejak kecil maka dia tidak ada kekuatan untuk berfikir. Faktor dwibahasa pula ialah kanak dwibahasa lebih lemah bertutur berbanding kanak ekabahasa kerana mereka mengalami gangguan bahasa ibundanya. Akhirnya, faktor alam sekeliling ialah latar belakang keluarga akan menyebabkan perhubungan antara ahli keluarga. Contohnya, keluarga yang sering bergaduh akan menyebabkan anaknya tidak mahu bercakap.

2.3 Aktiviti yang melibatkan kemahiran bertutur        

            Berdasarkan Rajah 5 di bawah, terdapat tujuh aktiviti bertutur iaitu aktiviti berbual, bercerita, berbicara, berbincang, berpidato, berceramah dan berpuisi.

Rajah 5 Aktiviti Bertutur

Aktiviti berbual dilakukan secara langsung dan tidak langsung antara satu sama lain. Tujuannya adalah untuk memberikan komen dan pendapat tentang sesuatu perkara. Selain itu, aktiviti bercerita ialah satu aktiviti lisan yang menggunakan gaya, suara, mimik muka dan intonasi. Tujuannya adalah untuk menyampaikan pengajaran atau teladan dan menyuburkan akal dan daya imaginasi kanak-kanak. Contohnya cerita “Arab dan Kura-kura” menyampaikan pengajaran kepada agar tidak sombong atas kelebihan diri sendiri.

Aktiviti berbicara ialah aktiviti bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang sesuai dengan kebolehan untuk mengemukakan idea secara aktif dan juga memberikan gambaran tentang sesuatu objek. Seterusnya, aktiviti berbincang ialah aktiviti berbentuk perbualan dalam kumpulan yang bertujuan melahirkan nilai bekerjasama dan menggalakkan bertukar pendapat antara satu sama lain.

Aktiviti berpidato ialah suatu ucapan dengan susunan yang baik dan disampaikan secara santun, rendah hati dan bersahabat kepada orang ramai. Tujuannya ialah menyampaikan suatu pemahaman atau informasi semasa kepada khalayak ramai. Aktiviti berceramah ialah suatu ucapan yang membicarakan sesuatu seperti bahasa, ekonomi dan agama. Tujuannya adalah untuk memberikan informasi kepada pendengar agar mengenal suatu hal dan mampu memahami pesan yang ingin disampaikan.

Akhirnya, aktiviti berpuisi ialah alat pengucapan fikiran yang terindah dan berkesan. Bentuk puisi ialah pantun, syair, seloka, gurindam dan sajak. Tujuannya ialah melatih memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna dan mempertajamkan deria rasa terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa.

3.0 Rumusan

Kesimpulannya, kemahiran bertutur sangat penting dalam kehidupan dan perlu kita kuasai kerana kemahiran bertutur merupakan aspek kemahiran lisan yang paling asas. Hal ini demikian kerana penguasaan kemahiran bertutur yang baik mampu memberikan pendapat dengan jelas dan lancar. Oleh itu, masyarakat Malaysia perlu menguasai kemahiran bertutur dengan berkesan. Guru juga haruslah memainkan peranan dalam melatih pelajar supaya mereka dapat menguasai kemahiran ini.




Bahan-bahan video

Bahan video ini dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran bertutur.






Rujukan

Husin Fateh Din & Nazariyah Sani. (2012). Bahasa Melayu II Akademik. Penerbitan                      Multimedia Sdn.Bhd.

 

Noor Aina Dani. (2007). Pengantar Psikolinguistik. Sasbadi.

 

Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Penerbitan PTS                      Profesional.

 

Nurul Afini. (2018). Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Academia.edu.

                https://www.academia.edu/40143019/_BMM_1034_KEMAHIRAN_MENDENGAR_D                     AN_BERTUTUR

 

Muhhamad Azizat. (2010, January 9). Kemahiran Bertutur.Scribd.com

    https://www.scribd.com/doc/24984776/KEMAHIRAN-BERTUTUR






Comments